Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU, MAK, BONDA, MAMA...





Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang disambut pada Ahad kedua bulan Mei, jatuhnya pada tanggal 9 Mei 2010 pada tahun ini, marilah kita sejenak menghayati segala pengorbanan ibu, mak, mama, mami dan bonda yang penat lelah membesarkan kita.

Ibu jugalah yang setia menemani kita dikala kesedihan dan kesepian. Ketika kita gembira juga, ibu insan pertama yang berkongsi kegembiraan bersama kita. Ketika kita sakit, ibu juga yang bersengkang mata untuk kita, malahan banyak lagi perkara lain yang ibu lakukan terhadap kita, yang tidak dapat dibanding dengan orang lain. Tidak kira tohmahan atau kejian yang diterima oleh ibu, lantaran sikap buruk kita.

Bayangkan... selama sembilan bulan sepuluh hari lamanya, beliau mengandungkan kita, menyusukan, membelai dan memberi sepenuh kasih sayang buat seorang insan yang bernama anak. Aduhai, betapa besarnya nilai pengorbanan seorang ibu.

Alangkah hebatnya suara hati kasih sayang yang ALLAH titipkan kepada kita, melalui ibu.

Dalam dunia, setiap manusia hanya mempunyai satu ibu, bukan dua atau tiga, jadi hargailah ibu kita dengan sebesar-besar penghargaan. Cintailah ibu dengan sepenuh cinta.

Mengikut catatan sejarah Yunani, hari ibu disambut bersempena adat pemujaan terhadap ibu-ibu di Yunani purba, yang menyambut satu perayaan untuk ibu dewa-dewi Yunani agung.

Orang Rom purba pula menyambut perayaan yang memperingati dewi Juno, di mana ibu-ibu akan diberi hadiah pada hari tersebut.

Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Menurut pandangan Islam pula, dengan menyambut hari ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya.

Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan cara yang terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:

1. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.
2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

Jelasnya, sambutan hari ibu telah disebarluaskan ke merata pelusuk dunia dan disambut pada tarikh-tarikh yang berbeza mengikut kawasan. Di Malaysia akan disambut pada Hari Ahad kedua di bulan Mei setiap tahun.

Baru-baru ini telah diadakan sambutan Hari Ibu di kediaman rumah Mak Yang@Kholilah di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor.

Majlis penuh rahmat tersebut meraikan 2 orang ibu iaitu Mak Yang dan Mak Idah serta seorang bakal ibu iaitu Misya (14 minggu).

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian dan doa Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu yang diraikan oleh anak-anak mereka.

Mak Yang merupakan anak ketiga daripada sepuluh orang adik beradik hasil daripada perkahwinan Uri Uda Aji bersama Rahidah Alang Mat Yassin yang mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang lelaki.

Mak Yang telah berkahwin dengan Hj. Zamakhsari @ Ayahlang Nyanzam sekitar tahun 80 an dan antara anak-anak mereka adalah Zarirah, Annur Aishah, Mohd Hazman dan Nilhayatul Husna.

Manakala Mak Idah telah berkahwin dengan Ahmad Zahudi@Cik Udi pada tahun 1981 dan dikurniakan 6 orang anak iaitu Aril, Ijat, Aspa, Tiqa, Myra dan Qila.

Sesi tanda kasih sayang turut dipamerkan iaitu dengan menyuapkan sepotong kek ke mulut ibu. Pertemuan tersebut merapatkan lagi tali silaturrahim di antara saudara-mara. Semoga pertemuan, ziarah dan perayaan tersebut menjadi suatu budaya bagi memperingati golongan-golongan ibu yang susah payah melahirkan dan membesarkan kita.

Turut hadir, Cik Udi, Ayahlang Nyanzam, Aril, Ijat, Zira, I-Shah dan Husna memeriahkan lagi majlis.

Majlis berakhir dengan solat Zohor berjemaah.

Tuesday, May 4, 2010

WALIMATUL URUS HAFIDZ & FAIZAH *UPDATE


INFORMASI PERJALANAN MAJLIS PERNIKAHAN DAN WALIMAH FAIZAH & HAFIDZ

Sukacitanya dimaklumkan butiran majlis yang akan berlangsung adalah seperti berikut :


TARIKH : 30-MAY-2010, AHAD (16 JAMADILAKHIR 1431H)
TEMPAT : BLOCK 117 HOUGANG AVENUE 1 #04-1220 SINGAPORE
MASA : 10:00PAGI – 5:00PETANG


Aturcara Majlis di Singapura

10 :00am : Majlis Akad Nikah (Naib Qadi : Ust Ismail bin Terimoh-MUIS)

11:00am-5:00pm : Majlis Jamuan Makan

Turut Mengundang Seisi Keluarga
Rahim Bin Wakijan
Romiah Binte Ma’at
Dewi Hidayu Binte Rahim
Fakhrunnisaa‘ Binte Rahim

JADUAL ROMBONGAN LELAKI KE SINGAPURA (Nota : Pastikan anda benar-benar memahami perjalanan aktiviti ini dan sentiasa menepati waktu supaya aktiviti menjadi lebih lancar)

30-May-2010, (AHAD)
5:00am Sarapan di Rumah Penginapan di Taman Molek

5:30am Berkumpul di Rumah Penginapan di Taman Molek
-Bagi keluarga yang menginap di tempat lain pastikan anda sampai SELEWAT-LEWATNYA JAM 6.00 PAGI di Taman Molek.
-Pastikan Passport dibawa dan Borang Masuk/Keluar Singapura yg telah diisi lengkap. -Solat subuh boleh dilakukan di Taman Molek (Waktu Solat Subuh 5:40 pagi -JB)

6:30am Menaiki Bas Sewa Khas ke Imigresen Malaysia-Singapura -Urusan Imigresen dianggarkan sekitar kurang dari 1 jam

8:00am Menaiki Bas Sewa semula dan meneruskan perjalanan ke Hougang, Singapura.

8:30am Tiba di rumah pengantin Perempuan di Hougang, Singapura.
-Pengantin Lelaki (Sudah siap berada di Rumah Nenek Faizah- Blok berhampiran)
-Segala Hantaran diambil dan dibawa dari Rumah Nenek Faizah.
-Perlukan sejumlah 5-6 org utk
membawa hantaran. Selebihnya keluarga menunggu di tingkat bawah.


10:00am Majlis Akad Nikah bermula dan diadakan di perkarangan dewan/bawah flat.
-Kedua-dua hantaran diletakkan bersebelahan tempat akad nikah.

-Akad nikah dan tandatangan dokumentasi.

11:00am Majlis Akad Nikah dijangka selesai.
-Sekiranya ada jamuan ringan oleh pihak pengantin perempuan bolehlah menjamah dahulu. (Keluarga pengantin lelaki menunggu utk majlis jamuan makan di ruangan yang disediakan)

11:30am Majlis Jamuan Makan bermula. -Kehadiran tetamu dari pihak keluarga perempuan bermula. -Pihak pengantin lelaki boleh mula menjamu selera.

1:45pm Waktu solat Zohor -Semua keluarga lelaki akan solat zohor (solat Jama’ Takdim digalakkan) di tempat solat yang telah disediakan.

3:00pm Keluarga lelaki akan menaiki Bas Sewa utk perjalanan aktiviti seterusnya iaitu City Tour.

-Beberapa lokasi tempat yang akan dituju sekitar Singapura adalah :
i) Esplanade (Singgah 30~45minit sahaja)
ii)Orchard Road (Lalu sahaja kerana waktu yang terbatas)
iii)Geylang Serai (Lalu sahaja kerana waktu yang terbatas)
iv)Masjid Sultan dan Arab Street (Singgah 30~ 45minit sahaja)
v)Mustafa Center (Shopping 1jam 30minit sekiranya mempunyai masa)

vi) Bugis Street / Bugis Junction (Beli souvenir jika berkesampatan)

-Semua City Tour yang dirancang tertakluk kpd kesesuaian keadaan dan masa yang ada.


8:00 Bergerak ke Imigresen Singapura-Malaysia dan kembali ke rumah penginapan di Taman Molek.

SILA PATUHI RANCANGAN YANG TELAH DIATURKAN BAGI MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS

SYARAT MEMASUKI SINGAPURA
-Memiliki Passport Malaysia (RM100 / 32 Mukasurat / 2 Tahun) atau (RM300 / 32 Mukasurat / 5 Tahun)
-Menggunakan Dokumen Perjalanan Berkumpulan (Min 5 – Max 20 orang) RM200/dokumen -Semua pemegang Passport berkumpulan haruslah sentiasa berada didalam kumpulan masing2. -Mengisi Borang Embark/Disembark Singapura terlebih dahulu selengkapnya sebelum tiba di pintu masuk imigresen Singapura. Borang boleh diperolehi dari Agen/Kaunter Imigresen/Pembantu Bas/Van

PERINGATAN !!!

-Pastikan tempoh sahlaku Passport tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat. Kurang dari 6 bulan tidak dibenarkan keluar negara.
-Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh Imigresen atas apa jua kesalahan jenayah, pinjaman PTPTN dan sebagainya.
-Tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di kedua-dua imigresen Malaysia dan Singapura.

SARANAN -Tukaran mata wang Singapura adalah pd kadar purata 1SGD=2.3++MYR
-Digalakkan membeli matawang Singapura di Malaysia kerana nilai kadar dapatnya lebih tinggi. Contoh tempat Money Changer : Di Mid Valley Megamall dan ARC Masjid India.
-Bagi sesiapa yang menghadapi masalah urusan imigresen ataupun tidak melepasi sempadan Singapura, sila hubungi Ani di +6019-3859100


RUMAH PENGINAPAN DI JOHOR YANG TELAH DISEDIAKAN
Alamat : No 69 Jalan Molek 1, Taman Molek, JB , Malaysia
Tarikh Check-In : Sabtu (29-May-2010)
Masa Check-In : 1:00tgh
Bilangan Hari : 2 Malam Tarikh Check-Out : Isnin (31-May-2010)
Masa Check-Out : 12:00Tgh
(Sebarang urusan Penginapan/Petunjuk Jalan sila hubungi : Sheikh Fakhruddin (019-2191460) atau Yong Ana (019-2191426) )

Butiran Rumah Penginapan :

Jenis Rumah : 2 Tingkat, Corner Lot Keluasan : 3040sq ft
Jumlah Bilik : 4 Kemudahan asas disediakan :
-Living Room berhawa Dingin, 5 Bilik air, Keselamatan, 6 Lot Parking Kereta, Laundry dan Iron room, Pantry berMicrowave, Peti Ais, Kettle Air, Tempat BBQ, TV, Astro dan Internet jika diperlukan.
Nota : Adalah disarankan membawa Tilam Toto/Comforter Tambahan.

TEMPAT PENGINAPAN ALTERNATIF DI JOHOR

Hotel Crystal Crown
Alamat : No 117, Jalan Tebrau, 80250 Johor Bahru, Malaysia. Tel : 07-3334422 Website : www.crystalcrown.com.my

Selesa Hotel JB (formely known as Grand Continental) Alamat : Jalan Dato’Abdullah Tahir / Jalan Tebrau, 80300 Johor Bahru, Malaysia. Tel : 07-3323999 Website : www.johorhotels.com

Hotel New York Johor Bahru Alamat : No 22 Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Malaysia Tel : 07-3311588 Website : www.newyorkhotel.com.my

Hotel Grand Blue Wave
Alamat : 9R, Jalan Bukit Meldrum, 90300 Johor Bahru, Malaysia. Tel : 07-2216666 Website : www.grandbluewave-johorbahru.com

Nota : Hotel diatas adalah dipilih berdasarkan lokasi kedudukannya yang berdekatan dengan Tambak Johor


TEMPAT PENGINAPAN ALTERNATIF DI SINGAPURA
*Digalakkan mencari sendiri hotel yang diperlukan mengikut bajet dan keperluan anda.

FRAGRANCE HOTEL (Pelbagai Lokasi)
Tel: +65 6345 6116 Website : www.fragrancehotel.com

HOTEL 81 (Pelbagai Lokasi)
Tel: +65 67678181 Website: www.hotel81.com.sg

ABC Backpackers Hostel (Jalan Kubor)
Tel: +65 62981611 Website : www.abcbackpackershostel.com

PETA KE LOKASI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN DI HOUGANG, SINGAPURA

Bagi keluarga yang tidak menggunakan kenderaan Bas Sewa iaitu mereka yang pergi sendiri dari manamana tempat di Malaysia mahupun Singapura, berikut adalah peta lokasi majlis pengantin perempuan iaitu di Block 117 Hougang Avenue 1 #04-1220 Singapore.


(Untuk kedudukan yang lebih terperinci sila layari http://google.map.com.sg dan taip carian ‘block 117‘)
-Station MRT berhampiran Hougang Ave 1 iaitu NE13-KOVAN (North-East Line 13).
Sila naiki dari manamana
station MRT NE untuk ke NE13-KOVAN dan boleh menaiki Bas SBS Transit bernombor : 45, 53, 62 & 113 kerana bas ini akan melalui hampir kawasan blok 117.
Dari station NE13 KOVAN juga anda boleh
menaiki teksi ke blok 117.
-Kepada yang menaiki kenderaan sendiri, sila dapatkan kupon parkir dari mana-mana outlet2 sah penjual kupon seperti 7Eleven.

KAEDAH PENGANGKUTAN AWAM KE/DARI SINGAPURA
1) Bas Ekspress : KL-Singapura
Cth Bas : Transnasional, Plusliner, Eltabina, First Coach, 5Star, Aeroliner dsb.
-KL-Singapore: VIP25Seater (RM40++)
-Singapore-KL: VIP25Seater(SGD30++)
-Larkin(JB)-KL : VIP25Seater(30++)
*Terminal Bas Puduraya telahpun dipindahkan ke Bukit Jalil buat sementara waktu.

2) Bas Antarabandar JB-Singapura
Contoh Bas : Causeway Bus, Singapore-Johor Ekspress LTD, SBS Transit
-Terminal Larkin-Queenstreet
-Terminal Larkin-Woodland Bus Stand(Singapore CIQ)
-Kotaraya(Imigresen M’sia)-Woodland Bus Stand( Singapore CIQ)
-Kotaraya(Imigresen M’sia)-Woodland Terminal Bus Interchange(MRT Woodland)
Tambang : RM1.20, SGD2.40, …..

3) Keretapi (KTMB) : KL Sentral-Singapura(Tanjung Pagar)
Contoh Jenis Perjalanan : SENANDUNG MALAM KTMB (Malam)
Tambang : RM46 (Lower Berth Adult- ADNS)

4) Penerbangan : AirAsia, Tiger Airways, MAS, Firefly
Terminal LCCT-Changi Budget Terminal
Terminal KLIA-Changi Airport
Terminal Subang-Changi Budget Terminal

MEMANDU KERETA MASUK/KELUAR SINGAPURA
*Sumber dari http://sawanila.com/v10/2010/04/16/panduan-memandu-kenderaan-malaysia-ke-singapura/

Soalan: Apa yang perlu saya ada sebelum memandu ke Singapura?
· Nombor satu kene ada kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan cukop sifat, sihat tubuh badan
serta mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah dan belum tamat tempoh
· Lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh

Soalan: Saya dah sampai kat JB nih… saya nak ikut jalan mana?
· ada dua jalan yang boleh seberang ke Singapura. Ikut Tambak Johor atau boleh Ikut Tuas (link
Ke-2)

Soalan: Apa yang perlu saya tahu???
· kene tahu serba sedikit pasal procedure memandu. Kene tahu pasal:
o VEP – Vehicle Entry Permit.
o Autopass – ala… macam touch n go ler kat Malaysia nih
o ERP – Electronic Road Pricing… ala kira cam toll laa….
o speed limit – jaga-jaga…..max 80kmh aja…
o cara pemanduan



Soalan: Apa semua benda tu? VEP, Autopass, ERP tu???
· VEP (Vehicle Entry Permit)
o nih macam permit masok kenderaan ler..
o SG$20/sehari dikenekan untuk VEP pada hari bekerja (Isnin – Jumaat dari jam 2pagi –
5ptg)
o TETAPI yang syoknye setiap kenderaan Malaysia layak untuk mendapat 10 hari
pengecualian dalam setahun.. so free 10 hari ler tidak termasuk hujung minggu dan cuti
am Singapura.
· Autopass
o nih macam touch n go ler.. tapi dia terikat pada nombor pendaftaran kenderaan
o tidak boleh tukar milik/kenderaan… segala maklumat kemasukkan kenderaan
direkodkan menggunakan autopass ni
o autopass nih boleh tahan 5 tahun.. pas tu kene renew.
o Kalau jual keter.. make sure simpan autopass nih untuk buat cancelation nanti…
· ERP (Electronic Road Pricing)
o nih macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu…
o jangan risau sangat pasal nih.. untuk kenderaan Malaysia amik aja flat ERP nih SG$5
sehari (hari bekerja)…… round ler satu pulau tu pon cuma SG$5 jer sehari(hari
bekerja)….. bayar masa keluar dari Singapore nanti…..

Soalan: OK!… boleh tak ceritakan satu per satu, step by step… camne saya nak masuk ikut Tambak Johor?
1. Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan
o Petrol isi penuh-penuh.. petrol kat SG mahel nak mamposs
o dah isi WHITE CARD(Singapura) + Passport Malaysia. takde white card nanti kat CIQ
mintak dan isi…
o duit SG$ yang mencukopi..
o bawak alat GPS kalau ada.. supaya senang tak sesat jalan….
o pen jangan lupa bawa
2. Sampai jer kat Kastam Malaysia Tambak Johor.
o pandu lalu jer mana mana booth kastam
o turunkan cermin kereta dan bagi salam dulu(kalau Islam ler)
o senyum dan bagi passport untuk diperiksa
o ucap terima kasih… dan terus pandu menuju ker Singapura……
3. Sampai CIQ Singapura plak
o pandu lalu jer mana-mana booth yang tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE…
o turunkan semua cermin kenderaan dan bagi salam (jika Islam)
o bagi passport + white card yang sudah diisi… or takde white card mintak dan isi
o make sure passport dikembalikan beserta keratan white card tu… jaga bebaik keratan
white card tuh kalau taknak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti…
o terus memandu ke inspection booth.
4. Sampai kat Inspection booth.
o buka semua tingkap
o buka bonet belakang dan driver kene turun dari kenderaan.
o ikut arahan pegawai yang bertugas..
o jangan lupa cakap terima kasih selepas diperiksa….
o pssst… alah… diorang periksa takut ada orang seludup minyak masak, beras, gula,
petrol,rokok……. etc….
o terus memandu ke RED LANE untuk membeli AUTOPASS counter (untuk yang belom
ada Autopass ler)
5. Sampai kat AUTOPASS Counter
o parking kenderaan elok-elok.
o jumpa dengan attendant autopass tuh.. tanya dia “Kak/Abg, Saya Nak Beli Autopass”
o then dia akan tengok road tax, lesen memandu dan bagi kita satu slip..
o bawa slip tu ke counter Autopass dan bayar SG$10
o yabedabedu!!!… dah ada Autopass…. ingat… lepas nih pi cari 7-Eleven.. untuk top-up
Autopass nih.. kalau tak nanti ada masalah plak nak keluar sebab tak cukop credit…..
6. Dah dapat Autopass tu…. terus memandu ler ke destinasi yang nak dituju…
o saya ikut GPS aja…. senang…..sebab tak tahu jalan….
o SELESAI PROCESS MASUK…..

Soalan: Lepas tu ada apa lagi saya nak kene buat??
· pertama sekali cari 7-Eleven untuk top-up Autopass tu. sebab Autopass nih boleh digunakan
untuk macam-macam seperti parking, bayar toll dan sebagainye… top-up ler dalam SG$30
senang….
· pas tu ikut suka ler ko nak pi kemana lepeh tu…

· Soalan: Ok.. saya dah tahu cara masuk.. Cara nak keluar dari Singapore plak camne..???
1. Make sure Autopass ada credit
2. boleh keluar ikut Woodlands or Tuas (link-2)
3. Bayaran Toll
o Woodlands = SG$1.20
o Tuas = S$4.60
4. Pandu lalu kat mana mana booth tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE
o jangan lupa bagi salam (untuk Islam)
o bagi passport + keratan white card
o turunkan semua cermin kenderaan
o senyum kat pegawai kastas Singapura
o slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….
o terus pandu ke Malaysia
o jangan lupa cakap bye-bye Singapore yer…
5. Sampai di Tambak Johor (MALAYSIA)
o pandu lalu kat mana mana booth
o bagi salam…….
o serahkan passport untuk pemeriksaan
o gunakan TOUCH N GO untuk bayar toll
o jangan lupa cakap terima kasih…….
6. SELESAI…………

Untuk Maklumat Lanjut dan Rasmi lawati Land Transport Authority (LTA) Singapore di
http://www.lta.gov.sg/motoring_matters/index_motoring_guide.htm

DEFINISI
Autopass Card = Kad Autopass (Seperti Kad Touch & Go tetapi ini adalah kad berdaftar dengan
kenderaan tersebut sahaja tanpa boleh dipindah milik)
IU = In-Vehicle Unit (Seperti SmartTag Reader)
ERP = Electronic Road Price (Sistem Pungutan Toll secara Elektronik melalui Gantri/Rangka Gerbang
Berpiring) Sistem ini akan available jika Lampu Gantri dibuka, jika tidak, tiada pungutan tol dikenakan
pada waktu2 tertentu sahaja.
VEP = Vehicle Entry Permit (Permit Memasuki Kenderaan Malaysia ke Singapura)

KOS MEMBAWA KENDERAAN/KERETA KE SINGAPURA

Pengiraan Kos di Singapura
1) Kos Kad Auto Pass = SGD 10.00 (Nilai Tunai $4 + Kos Kad $6)

2) Tol Charge = SGD 1.20 (di Woodlands Checkpoint utk berlepas keluar sahaja dikenakan tol)

3) VEP Charge = SGD 0.00 (Tiada utk kereta Malaysia memasuki Singapore pd hari Sabtu, Ahad & Cuti
Umum dan Weekdays tidak melebihi 10x setahun. Hari biasa dikenakan SGD20.00/hari)
4) ERP Charge = SGD 5.00 ( Flat rate sehari utk kereta Malaysia memasuki Singapore tidak lebih dari 10x) # SUB Total : SGD10.00+SGD1.20+SGD5.00 = SGD 16.20 (RM37.26)├čJumlah minimum yang perlu ada didalam kad Autopass. Boleh top-up lebih dalam SGD30.00 di 7Eleven.

Pengiraan Kos di Malaysia
1)Tol Charge = RM 2.90 (di Tambak Johor Checkpoint utk masuk Malaysia sahaja dikenakan tol.
Gunakan
Touch&Go sahaja) #SUB Total : RM 2.90 ├čJumlah yang perlu dibayar menggunakan Touch & Go.
Total Kos
#GRAND Total : RM37.26 + RM 2.90 = RM 40.16

NOMBOR TELEFON

Sebarang permasalahan bolehlah menghubungi kami . Berikut adalah nombor telefon penting yang mungkin diperlukan :
Ana : +6019-2191426
Ani : +6019-3859100

Sheikh Fakhruddin (Abg Long) : +6019-2191460

Asri (Abg Ngah) : +6013-3477100

Tajudin : +6019-2192715 (Roaming)
Afdhal : +6012-2778599 (Roaming) atau +6019-3962841
Hafidz : +6019-2192631 (Roaming) +65 82441285 (Singapore Mobile Line)

Thursday, April 22, 2010

WALIMATUL URUS HAFIDZ & FAIZAH

Aturcara Majlis

JADUAL ROMBONGAN LELAKI KE SINGAPURA

(Nota : Pastikan anda benar-benar memahami perjalanan aktiviti ini dan sentiasa menepati waktu supaya perancangan menjadi lancar)


30-May-2010, AHAD

5:00 pagi Breakfast di Rumah Penginapan di Taman Molek

5:30 pagi Berkumpul di Rumah Penginapan di Taman Molek

-Bagi keluarga yang menginap di tempat lain pastikan anda sampai SEBELUMJAM 5:00 Pagi

-Pastikan Passport dibawa dan Borang Masuk/Keluar Singapura yg telah diisi lengkap.

6:30 pagi Menaiki Bas Sewa Khas ke Imigresen Malaysia-Singapura

-Melalui sempadan Tambak Johor (sekitar 1 jam sekiranya musim perayaan)

-Urusan Imigresen dianggarkan sekitar kurang dari 1 jam

7:30 pagi Menaiki Bas Sewa semula dan meneruskan perjalanan ke Hougang, Singapura.

8:30 pagi Tiba di rumah pengantin Perempuan di Hougang, Singapura.

10:00 pagi Majlis Akad Nikah bermula dan diadakan di perkarangan dewan bawah Blok 117.

10:30 pagi Majlis Akad Nikah dijangka selesai.

11:00 pagi Majlis Jamuan Makan bermula.

1:45 tgh Waktu solat Zohor

-Semua keluarga lelaki akan solat zohor (solat Jama’ Takdim digalakkan) di tempat solat yang telah disediakan.

-Pastikan DRIVER BAS sudah sedia dihubungi dan standby pd pukul 2:30ptg.

2:45 ptg Keluarga lelaki akan menaiki Bas Sewa utk perjalanan aktiviti seterusnya iaitu City Tour.

Beberapa lokasi tempat yang akan dituju sekitar Singapura adalah :

Anggaran Masa -Semua City Tour yang dirancang tertakluk kpd kesesuaian keadaan dan masa yang ada.

2.45–3.30ptg i) Esplanade (Singgah 30~45minit sahaja)

ii) Orchard Road (Lalu sahaja kerana waktu yang terbatas)

iii) Geylang Serai (Insyaallah singgah kalau smpt)

3.45–4.30ptg iv) Masjid Sultan dan Arab Street (Singgah 30~ 45minit sahaja)

5.00–6.30ptg v) Mustafa Center (Shopping 1jam 30minit sekiranya mempunyai masa)

8.00 mlm: Bergerak ke Imigresen Singapura-Malaysia dan kembali ke rumah penginapan di Taman Molek.

SILA PATUHI RANCANGAN YANG TELAH DIATURKAN BAGI MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS. KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI..SEMOGA PERJALANAN PROGRAM BERJALAN LANCAR SEPERTI YG DIRANCANG & DI REDHOI ALLAH HENDAKNYA, INSYAALLAH….

NOMBOR TELEFON

Sebarang permasalahan bolehlah menghubungi kami . Berikut adalah nombor telefon penting yang mungkin diperlukan :

Farhani Tajudin : +6019 3859100 (Person In-Charge)

Tajudin : +6019 2192715 (Roaming)

Afdhal : +019 (Roaming)

Ana : +60192191426 (Roaming)

Sheikh Fakhruddin : +6019 2191460

Hafidz (Pengantin): +6019 2192631 (Roaming) +65 82441285 (Singapore Mobile Line)

Tuesday, March 23, 2010

TAHNIAH HAFIDZ & FAIZAH!


Salam kepada semua...

Sudah sekian lama tidak mengemaskinikan blog ini kerana sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan.

Kali ini warga rayabotakiri menjelajah ke selatan negara jiran kita iaitu Temasek atau juga dikenali Singapura yang bererti Kota Singa.

Penjelajahan kami bukan penjelajahan kosong, tapi penjelajahan ini sangat bererti buat Ayahnda Ayahwa Tajudin dan juga Bonda Makwa dari Taman Selayang, Selangor dengan membawa satu matlamat@halatuju iaitu acara pertunangan di antara anak mereka yang ketiga iaitu Hafidz bersama muslimah pilihannya Faizah.


Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur dengan menggunakan talian komunikasi seperti telefon, sistem pesanan ringkas (sms), sistem pesanan multimedia (mms), emel dan sebagainya.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata, tenangkan diri dengan doa dan solat. Insya Allah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Khalas...






LAGI GAMBAR DI >>>> PERTUNANGAN HAFIDZ & FAIZAH













Sunday, November 22, 2009

TOK URI DAN OPAH TAM

DALAM KENANGAN.... GAMBAR NENDA ALLAHYARHAM HJ. URI UDA AJI DAN ALLAHYARHAMAH HJH. RAHIDAH ALANG MAT YASIN.

SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG² YANG BERIMAN DAN ORANG YANG SOLEH...

AL-FATIHAH...





Friday, October 2, 2009

POTRET KENANGAN ABADI....

Salam Aidilfitri buat semua,

Teringat kami akan potret ini di mana pada tahun tersebut, 10 orang cahaya mata keluarga Haji Uri bin Uda Aji dan Rahidah Alang Mat Yassin dapat berkumpul bersama. Seingat kami potret ini diletakkan di dalam almari berkaca hiasan di ruang tamu hadapan. Potret ini juga mengajar erti persefahaman, perpaduan dan kerjasama di antara ahli keluarga. Bilakah lagi mereka dapat bersama semula setelah sekian lama mereka tidak dapat beraya bersama-sama seperti adik beradik kita....Pulanglah di Aidilfitri....


Potret Kenangan Abadi 10 cahaya mata
Uri Uda Aji dan Rahidah Alang Mat Yassin


Dari kanan atas: Azalan, Musa, Tajudin, Mokti, Sulaiman
Dari kanan tengah : Kholilah, Rahidah, Uri, Rosidah
Dari kanan bawah : Jalaluddin, Apipah, Hasnat










Kat kenduri perkahwinan Faisal Enda Mili Ipoh

Salam Aidilfitri....
Gambar ni kami telah disahpastikan oleh Yong Ana@Faizzatul Hana lokasinya di Ipoh semasa berlangsungnya perkahwinan Faisal aka Cai anak kepada YB Puait yakni Enda Mili sekitar tahun 2007. Antara yang memeriahkan perkahwinan ini adalah:
Opah Chik, Mak Yang, Angah Ani, Mak Idah, Aqilah, Maksu Pipah, MakNyah Semah dan juga kameraman Yong Ana...

Kalau dapat dimuatkan gambar perkahwinan Yong Ana/Angah Ani/Faisal/Kamil dan sesiapa yang kahwin tu boleh diemelkan di raya.botakiri@gmail.com yer....



































Aidilfitri 2009 : Lensa Yong Ana

Salam Aidilfitri...

Ruangan ni pulak kami akan memaparkan dari Lensa Coolpix keluaran Nikon yang merakamkan di pagi Hari Raya Aidilfitri 2009 bersama keluarga Faizzatul Hana dan bersama satu-satunya cicit sulung Tok Uri Uda Aji serta kekal bertahan sehingga ke hari ini.


Keluarga Bahagia...


Boleh jadi model iklan ubat gigi Mukmin nie..



Cicit terulung...



Tak lengkap lar....Opah We tak de...






LAGI GAMBAR DI >>>>> AIDILFITRI 2009